10 Sebab Isteri Tidak Mampu Bertahan Lagi Dalam Rumah Tangga

Bukan mudah untuk melepaskan atau melupakan orang yang kita sayang. Apa lagi jika sudah berpuluh tahun berkongsi hidup bersama, malah sudah punya anak-anak yang besar panjang.

Namun andai suatu ketika anda tengok sikap wanita mula berubah dan seolah-olah mampu redha walau berpisah, ini petanda wanita yang sudah sekian lama bersama anda hadapi perit hidup, sudah tidak mampu lagi nak bertahan dengan lelaki yang mempunyai beberapa sikap di bawah ini.

Berikut 10 sebab yang buat isteri tidak mampu lagi bertahan hidup dengan suami :

1. Selalu dimarah dan ditengking depan orang

Setiap orang ada maruah dan air muka yang perlu dijaga tidak terkecuali seorang isteri. Jika bertahun-tahun sering dimarahi dan ditengking depan anak-anak atau orang lain memang akan buat harga diri seseorang jatuh teruk. Sampai satu masa, jiwanya sedar dan ‘bangun’ untuk mempertahan maruah dan harga diri yang ‘dipijak-pijak’ sekian lama. isteri minta cerai, suami tidak bertanggjungjawap, suami kaki pukul, suami tak bagi nafkah, suami tak bekerja, suami pemalas, suami kedekut
2. Suka mengarah buat itu ini

Suka mengarah buat itu ini sedangkan wanita juga bekerja. Sebenarnya, tiada sesiapa yang suka disuruh untuk buat itu dan ini tanpa dapat apa-apa upah. Kalau sekali sekala tak mengapa tapi kalau selalu, asal pantang nampak muka saja terus beri arahan buat itu dan ini. Lama-lama jiwa rasa tidak seronok dan memberontak.

3. Berdepan lelaki abaikan soal nafkah

Nafkah di sini dalam erti kata yang luas. Sama ada nafkah keperluan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan nafkah dalam soal seksual. Namun yang sering dilupakan orang adalah nafkah dari segi keperluan rohani yakni agama iaitu betulkan iman dan yakin isteri dan anak-anak kepada Allah.

Kata orang alim, isteri bukan pembantu suami menguruskan rumah tangga semata tetapi mereka juga adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka juga perlu untuk usaha dan betulkan iman dan yakin mereka kepada Allah supaya betul-betul bulat 100% kepada Allah. Dan ini adalah tanggungjawab seorang suami.

Di Mahsyar nanti suami akan melupakan isteri, isteri lupa suami, ayah lupa anak dan anak akan lupa mak ayahnya. Masing-masing orang sibuk fikir untuk selamatkan diri sendiri dari kedahsyatan azab Allah.

BACA JUGA: Bila Kau Rasa Suami Semakin Jauh, Goda Semula Hatinya Bukan Buat Confession

4. Malas cari rezeki

Berkongsi hidup dengan lelaki yang malas berusaha mencari rezeki untuk keperluan keluarga. Tahu nak senang saja, harapkan ‘duit bini’ jika isteri bekerja. Dengan alasan sebagai ‘balasan’ kerana izinkan isteri keluar bekerja. Tanggungjawab nafkah keluarga di atas bahu lelaki/suami, bukan wanita/isteri.

5. Mudah naik tangan dan baran

Lelaki yang suka naik tangan dan baran tidak bertempat memang ‘confirm‘ akan membuat mana-mana wanita tersiksa dan menderita jiwa dan raga.

6. Tidak suka bergaul dengan keluarga

Puas isteri bersabar dengan suami yang tidak suka bergaul dengan keluarga dan adik beradik yang lain. Tidak mahu berusaha untuk belajar bergaul dan erat tali silaturrahim dengan keluarga isteri. Paling tidak pun menziarahi mereka tanya khabar sekali-sekala.

7. Tidak pernah berubah dan abai hal agama

Masalah utama dalam rumah tangga yang tak bahagia dan sering berantakan adalah kerana mengabaikan soal agama. Sering berlaku, walau rumah tangga itu zahirnya dari segi kebendaan serba cukup namun apabila ‘miskin’ soal agama menyebabkan rumah tangga itu tidak berkat dan tiada kedamaian hakiki dirasai oleh penghuni rumah.

Seorang isteri/wanita selalunya akan mengikut ‘agama’ suaminya. Apabila suami gagal dalam memenuhi keperluan agama isteri dan ahli keluarganya, akhirnya jiwa jadi memberontak kerana tak tenang dan seribu satu masalah rohani dan jasmani.

8. Berkira soal nafkah keluarga

Terlalu berkira untuk berkongsi rezeki dalam menafkahi keperluan isteri dan anak-anak. Sebaliknya hanya tahu enjoy di luar bersama kawan-kawan atau kenalan baru.

BACA JUGA: 6 Jenis Isteri Perosak Rumah Tangga

9. Gatal dan suka pandang perempuan lain

Masalah yang sering jadi sebab konflik dalam rumah tangga apabila suami walau sudah ada isteri yang sah di sisinya namun masih gatal melayan perempuan lain. Masalah ini sering buat wanita ‘makan hati’ pada suami.

10. Tidak pandai memujuk dan orang lain

Tidak pandai memujuk dan lebihkan kawan di luar, lepak sampai ke pagi. Nampak biasa tapi kalau bertahun tak pernah ubah ini yang jadi perempuan hilang perasaan. Juga terlalu melebihkan keluarga sendiri hingga mengabaikan isteri dan belah keluarganya.

Mungkin nampak satu sisi sikap ini biasa tetapi inilah hakikat, lama-lama hati wanita kuat dengan air mata dan memilih untuk dilepaskan. Jadi kaum Adam, sila berhati-hati dan siramlah kasih sayang kepada pasangan tanpa jemu hingga ke hari usia tuanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment